Salam dari Calma Organic Website
- Admin
- Oct 20, 2017
- 1 min read

Assalamua'laikum. Salam dari Calma Organic. Setelah hampir 9 tahun Calma dihasilkan dan mula dijual secara berperingkat dengan keluasan jualan hanyalah di sekitar Bujang dan Sungai Petani, dan setelah hampir setahun sebulan Calma diperkenalkan dan dipasarkan ke pasaraya secara membuka lot-lot terbuka secara sementara dan tetap, akhirnya saya menitipkan kata sebagai wakil syarikat Calma dalam memperkenalkan Calma.
Calma kini mempunyai dua Master Stokis yang masing-masing mewakili Wilayah Utara dan Wilayah Tengah. ( Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor ) dan stokis yang semuanya diuruskan oleh Master Stokis.
In sha Allah, saya ingin mengumumkan bahawa Calma Organic telah distrukturkan pemasarannya semula dan akan memberitahu satu persatu produk-produk yang telah dikeluarkan, akan dikeluarkan serta peluang-peluang perniagaan yang agak baik untuk yang menyakini keupayaan produk dan ingin turut serta dalam rangkaian perniagaan yang baru akan diperkukuhkan.
Saya sangat berharap pengguna-pengguna Calma akan terus menyokong produk sabun syarikat.
Sesungguhnya pokok yang kuat adalah disebabkan akar yang kuat mencengkam tanah dan luas jalarannya. Biarlah pokok itu lambat tumbuh namun akarnya sudah kukuh dan bersedia untuk membesar dengan baik dan merimbun. In sha Allah.
Nantikan berita dari Calma Organik.
Salam hormat dari kami.
Assalamua'laikum.
Comments